Pasukan Outreach telah dijemput ke Lembangan Amazon untuk mengumpulkan imej pada aras tanah bagi sungai, hutan dan masyarakat di Hutan Simpan Rio Negro. Pada 21 Mac 2012, sempena sambutan Hari Hutan Sedunia, kami telah menyediakan imej itu melalui ciri Street View di Peta Google.
Projek ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama Amazonas Sustainable Foundation (FAS), sebuah organisasi pemuliharaan tanpa untung tempatan yang telah menjemput kami ke kawasan tersebut. Kami menggunakan basikal roda tiga Paparan Jalan yang turut kami letakkan di atas bot untuk mengambil pemandangan sungai serta sebuah kamera tripod dengan lensa mata ikan—biasanya digunakan untuk merakam imejan bahagian dalam perniagaan—untuk merakam landskap semula jadi dan juga komuniti setempat.
Kami akhirnya mengumpulkan imej Rio Negro, denai Hutan Amazon dan lima komuniti sungai. Anda boleh meneroka semua imej dalam galeri di bawah perlahan-lahan mengikut masa anda.
Bersama-sama dengan FAS, kami teruja untuk membantu semua orang, daripada penyelidik dan saintis kepada penjelajah dari kerusi empuk di seluruh dunia, mengetahui lebih lanjut tentang Amazon dan memahami dengan lebih mendalam lagi bagaimana komuniti setempat berusaha memulihara persekitaran unik ini untuk generasi masa depan.
Nota daripada Amazonas Sustainable Foundation: Pembangunan Lestari Hutan Simpan Rio Negro ialah unit pemuliharaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Amazonas dalam tahun 2008 untuk melindungi persekitaran dan kehidupan komuniti yang tinggal di kawasan ini. Pengurusan hutan simpan ini merupakan tanggungjawab Pusat Kawasan Yang Dilindungi Negeri - CEUC - daripada Setiausaha Negara Persekitaran dan Pembangunan Lestari Amazonas (SDS / AM). Kemasukan bukan penduduk tetap ke hutan simpan ini dikawal oleh Kerajaan Amazonas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati tapak web CEUC.
Baca lagi