ᐃᖃᓗᐃᑦ

Iqaluit, Kanada

Terokai Artik Kanada

Di manakah Iqaluit?

ᓱᑯᑦᑎᐊᓃᒃᑲᓗᐊᕐᖓᑦ ᐃᖃᓗᐃᑦ?

Berjalan di laluan bersalji di Artik Kanada

ᐱᓱᕝᕕᒋᓗᒋᑦ ᐊᐳᑏᑦ ᐊᖅᑯᑎᖏᑦ ᐅᑭᐅᖅᑕᖅᑐᒥ ᑲᓇᑕᒥ

 
 

Ikuti lawatan audio berpandu

ᕿᒥᕐᕈᒍᓐᓇᖅᑕᐃᑦ ᓂᐱᓕᐅᕐᓯᒪᔪᒥᒃ ᑐᓴᕋᓐᓈᓯᓐᓈᕐᓗᑎᑦ

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  • Selamat Datang Ke Iqaluit
  • Kembara Kereta Luncur Salji
  • Sejarah Penjelajah

Memperkenalkan anjing yang menarik kereta luncur salji di Iqaluit

"Pepatah Utara mengatakan: pemandangan di sini agak sama sahaja melainkan anda anjing yang menarik kereta luncur salji" — Chris Kalluk, Trekker sukarela

ᑕᑯᔭᕆᐅᕐᓗᒋᑦ ᕿᒧᔅᓰᑦ ᐃᖃᓗᓐᓂ

Memetakan Utara Kanada

ᓇᓗᓇᐃᒃᑯᓯᕐᓗᒍ ᓄᓇᙳᐊᒥ ᐅᑭᐅᖅᑕᖅᑐᖅ ᑲᓇᑕᒥ

  • Perjalanan di Artik Kanada

    Adakah anda mengenali kamera di sebelah atas beg galas Trekker yang baharu? Teknologi yang digunakan sama seperti kereta Street View. Trekker dapat menangkap imej tempat yang hanya dapat dilalui dengan berjalan kaki, seperti jalan bersalji di Iqaluit. Seorang penduduk Nunavut, Chris Kalluk, telah menjemput Peta Google ke Artik Kanada untuk memperbaik peta dalam talian untuk kawasan itu. Pasukan Google Earth Outreach melatih Chris mengendalikan peralatan pengumpulan imej, membolehkan beliau untuk terus mengabadikan imejan komuniti setempat yang lain.

  • Pemetaan Dipandu Masyarakat

    Biasanya, cara terbaik untuk memperbaik peta ialah dengan memanfaatkan pengetahuan penduduk setempat. NGO tuntutan tanah Inuit, Nunavut Tunngavik Inc. dan kerajaan Iqaluit telah menyelaraskan MapUp komuniti yang mana sukarelawan menggunakan Pembuat Peta Google untuk menyerahkan kemas kini terhadap peta Iqaluit. Pelajar sekolah tinggi mahupun warga berusia, mereka sama-sama menambahkan jalan, bangunan, sungai dan tasik pada Peta Google. Kini pengunjung Iqaluit dapat mencari tanda tempat yang penting pada peta, seperti Bangunan Undangan Nunavut dan kota kara Hudson's Bay Company.

  • Pertemuan dengan Warga Berusia

    Melalui penyelarasan dengan kerajaan Nunavut dan majlis bandaran Iqaluit, pasukan pemetaan dapat berkongsi hasil usaha mereka dengan warga berusia masyarakat Iqaluit. Pasukan membentangkan rancangan pembaikan peta serta menjelaskan tentang teknologi Trekker sambil menikmati hidangan anjing laut, karibu dan ikan Artik. Warga berusia itu pula berkongsi cerita tentang pelbagai cara pemburu di Inuit menyesuaikan kedudukan diri mereka di daratan secara tradisinya, tanpa menggunakan peta.

Perjalanan Peta Google: Iqaluit

ᒎᒍᓪ ᓄᓇᙳᐊᓕᕆᔩᑦ ᐱᓱᕋᔭᑉᐳᑦ: ᐃᖃᓗᓐᓂ