Keberanian dan kegerunan yang dirasai semasa berhadapan dengan beruang kutub tidak dapat digambarkan. -Karin Tuxen-Bettman, Google Earth Outreach
Apabila perubahan iklim semakin ketara, beruang kutub dianggap sebagai barometer pengukur perubahan persekitaran. Kesan pemanasan planet dapat dilihat dengan jelas di Churchill, Kanada. Di bandar sepi ini, beruang kutub dan manusia hidup bersama-sama di pantai barat Teluk Hudson sehinggalah ais terbentuk di laut. Pada ketika itu, beruang kutub mula menjelajah ke teluk memburu anjing laut yang menjadi mangsa utamanya.
Pada musim panas, beruang kutub terpaksa ke tepi pantai kerana ais laut cair. Meskipun perubahan iklim suatu proses yang beransur-ansur dan sering tidak disedari, kesannya amat ketara di ibu negeri beruang kutub ini. Di Churchill, perubahan iklim telah memendekkan tempoh laut di teluk membeku sekaligus memendekkan musim memburu bagi beruang kutub ini selama kira-kira empat minggu.
Polar Bears International, sebuah organisasi yang mengkhususkan kepada pemantaun kehidupan haiwan besar ini, telah menjemput Google ke Artik Kanada untuk trek ini bagi merakam kelibat beruang ini yang jarang sekali dapat dilihat. PBI, Earth Outreach dan Peta Google bersama-sama mengumpulkan imejan Street View di Churchill dan Taman Negara Wapusk serta kawasan sekitarnya, meluaskan lagi usaha pendidikan dan mendekati khalayak umum oleh PBI di seluruh dunia.
Melalui Street View, anda dapat mengalami sendiri kehidupan di tundra. Teruskan menatal untuk mengetahui lebih lanjut tentang beruang dan habitatnya, kesan perubahan iklim dan usaha PBI memperjuangkan pemuliharaan beruang kutub.
Baca lagi