Nadi wilayah Barat Daya
Hermit Shale
Oksida besi dalam batu menghasilkan warna merah cerah yang dilihat di sini. Terokai Grand Canyon dalam Street View untuk mencari Besi oksida dan hampir 40 lapisan batuan enapan utama yang lain.
Pembentukan Supai
Bahagian barat Grand Canyon mengandungi batu kapur, yang menunjukkan laut panas serta cetek, sementara bahagian timurnya pula barangkali mengandungi delta sungai yang berlumpur.
Batu Pasir Tapeats
Fosil dan laluan jejak haiwan marin dan haiwan lain telah ditemui di Batu Pasir Tapeats.
Jelapang Nankoweap
Pada zaman dahulu, penduduk Anasazi menggunakan jelapang ini untuk menyimpan bijian dan melindunginya daripada perosak dan menjadi reput.
Andas Vulcan
Ratusan ribu tahun yang lalu, aliran lava basalt mengempangi Sungai Colorado sekurang-kurangnya 13 kali untuk menghasilkan saki baki letupan gunung berapi seperti Andas Anvil.
Mendapan Berpasir
Kini, Tasik Mead mengalir ke dalam sungai dari bawah, menutupi jeram yang pernah wujud dan memendapkan banyak enapan pasir di sepanjang tebing sungai.
Bighorn Sheep
Biri-biri jantan (bighorn sheep), dinamakan sempena tanduk biri-biri jantan yang melengkung dan besar, kadang kala dapat dilihat di pesisir sungai.
Berdayung di Sungai Colorado
Teroka lagi imej panorama 360º dalam PandanganTeroka Sungai Colorado

Memperkenalkan Trekker Sungai Colorado

American Rivers
American Rivers melindungi sungai di hutan, memulihkan sungai yang rosak dan memulihara air bersih untuk orang ramai dan alam semula jadi. Sejak tahun 1973, mereka telah melindungi dan memulihkan 150,000+ batu sungai melalui usaha sokongan, projek yang dilaksanakan dan kempen tahunan America’s Most Endangered Rivers®. Anda boleh turut serta di www.AmericanRivers.org/Colorado

Pasukan Google Earth Outreach
Google Earth Outreach ialah sebuah program daripada Google dengan tujuan khusus untuk membantu organisasi bukan untung dan organisasi awam di seluruh dunia. Google Earth Outreach memanfaatkan kuasa Google Earth dan Peta untuk memberi pencerahan dan menyokong kerja-kerja penting yang dilakukan dalam bidang seperti: alam sekitar, pemuliharaan budaya, kerja amal dan banyak lagi.