Kepulauan Galapagos

Temui makmal hidupan alam Darwin

Teroka kepulauan gunung berapi terpencil

Pemerhatian dan pengumpulan hidupan liar di Galapagos oleh Charles Darwin pada tahun 1835 telah menyumbang kepada teori evolusinya tentang kehidupan secara semula jadi.

Sertai ekspedisi pemetaan moden

Untuk kali pertama, ahli sains dan para penyelidik menggunakan imej Street View bagi mengkaji daratan, pantai dan laut di kepulauan Galapagos.

Temui haiwan yang hanya terdapat di Galapagos

Galapagos ialah tempat tinggal ratusan spesies hidupan liar endemik yang tidak terdapat di tempat lain di muka bumi ini.

Singa laut Galapagos

Zalophus wollebaeki

Singa laut Galapagos

Zalophus wollebaeki

Status Senarai Merah IUCN: Terancam

Berdasarkan Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam Ketahui Lebih Lanjut

Salakannya yang kuat, sifatnya yang gemar bermain dan kelincahannya di dalam air menjadikannya "jawatankuasa alu-aluan" di pulau ini. Singa laut Galapagos boleh ditemui di setiap pulau yang terdapat di dalam gugusan Kepulauan Galapagos.

Booby berkaki biru

Sula nebouxii

Booby berkaki biru

Sula nebouxii

Status Senarai Merah IUCN: Kurang Bahaya

Berdasarkan Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam Ketahui Lebih Lanjut

Burung ini mudah dikenali melalui kaki berwarna biru terangnya yang tersendiri - warna biru itu datangnya dari pigmen karotenoid yang didapati daripada makanannya. Burung jantan menunjukkan kakinya dalam acara mengawan dengan mengangkat kakinya satu persatu.

Kura-kura Raksasa Galapagos

Chelonoidis nigra

Kura-kura Raksasa Galapagos

Chelonoidis nigra

Status Senarai Merah IUCN: Terdedah pada bahaya

Berdasarkan Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam Ketahui Lebih Lanjut

Spesies kura-kura hidup terbesar, dengan jangka hayat lebih 100 tahun, kura-kura ini merupakan vertebrata yang mempunyai hayat yang paling panjang. Kura-kura ini berasal dari tujuh buah Pulau di Galapagos - namun begitu, saiz karapas dan bentuknya berbeza-beza mengikut populasi.

Iguana marin Galapagos

Conolophus subcristatus

Iguana marin Galapagos

Conolophus subcristatus

Status Senarai Merah IUCN: Terdedah pada bahaya

Berdasarkan Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam Ketahui Lebih Lanjut

Hanya terdapat di Kepulauan Galapagos, iguana ini mempunyai kebolehan yang unik untuk hidup dan mencari makanan di laut, berbanding biawak moden yang lain dan mengkategorikannya sebagai reptilia marin. Iguana boleh menyelam melebihi 9 m (30 kaki) ke dalam air.

Burung Simbang

Fregata magnificens

Burung Simbang

Fregata magnificens

Status Senarai Merah IUCN: Kurang Bahaya

Berdasarkan Senarai Merah IUCN untuk Spesies Terancam Ketahui Lebih Lanjut

Burung Simbang di Kepulauan Galapagos berbeza dari segi genetik dan morfologi berbanding burung simbang yang lain; burung ini tidak mengawan dengan burung simbang di tanah besar selama ratusan ribu tahun.

Close

Menyiasat dengan pandangan 360 º yang mendalam

Imej terperinci memberikan gambaran langsung kepada penyelidik dan peminat. Apa yang dapat anda lihat?

Teroka lagi imej panorama 360º dalam Pandangan

Memperkenalkan trekker Galapagos