Grand Canyon, Amerika Syarikat

Kembara ke satu keajaiban dunia

Lihat Grand Canyon dengan lebih dekat lagi


Grand Canyon merupakan koleksi sulung kami menggunakan Trekker Street View. Trekker, alat pengumpulan imejan terkini kami, ialah satu sistem beg galas yang boleh dipakai yang membolehkan kami menjelajah ke lokasi yang hanya dapat dilalui dengan berjalan kaki. Keupayaan untuk membawa Street View ke lokasi terpencil dan sukar dilalui, seperti Grand Canyon, memberi satu peluang besar untuk menjadikan keindahan dan sejarah lokasi seperti ini dapat dilihat oleh khalayak global.

Rupa bumi Grand Canyon yang berceranggah, dengan rabung dan denai yang curam memberi latar yang sesuai untuk mempamerkan kefungsian Trekker. Denainya yang sempit tidak dapat dilalui oleh kereta, basikal roda tiga dan troli Street View jenis tradisional tetapi sesuai untuk beg galas Trekker yang boleh dipakai. Saiz kompak Trekker tidak mengganggu serta memudahkan pemakainya melalui laluan di tempat-tempat yang sukar sambil mengumpulkan imej secara automatik. Penjejak dikendalikan oleh peranti Android dan terdiri daripada 15 lensa di sebelah atas tiang, setiap satunya diletakkan pada sudut yang menghala ke arah yang berbeza supaya kami dapat mencantumkan imej menjadi pandangan panorama 360 darjah.

Pasukan yang terdiri daripada 10 Googler dan 5 Penjejak mengambil masa kira-kira 3 hari penuh untuk merakam secukupnya denai utama lingkaran selatan Grand Canyon. Sepasukan dua Penjejak berjalan kaki melalui Denai Bright Angel, berkhemah pada malam hari di Phantom Ranch, kemudian berjalan keluar pada hari berikutnya sepanjang Denai South Kaibab. Pasukan tiga Penjejak lainnya kekal berada di bahagian atas Grand Canyon, mengambil imejan di sekeliling lingkaran, termasuk Denai South Rim. Pasukan kami turut keluar bagi mengumpulkan imejan Kawah Meteor, yang terletak di luar Taman Negara Grand Canyon.

Untuk terus menjadikan Peta Google menyeluruh dan tepat sebaik mungkin, kami berhasrat untuk membawa Penjejak ke tempat-tempat lain yang hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki. Kami berharap dapat berkongsi koleksi kami pada masa hadapan yang memaparkan lebih banyak tempat-tempat unik di seluruh dunia - dari denai hutan ke muka tangga istana lama dan seterusnya.

Baca lagi
Teroka dalam Street View

Buat perjalanan ke Grand Canyon dengan Peta Google

Teroka lagi paparan Grand Canyon

Teroka dalam Street View