Terumbu Sawar Besar, Australia

Selami di kawasan terumbu terbesar di dunia

Lihat Terumbu Sawar Besar dengan lebih dekat lagi


Koleksi Terumbu Sawar Besar merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama imej panorama dalam air yang ditambahkan pada Peta Google, langkah kami yang seterusnya dalam usaha menyediakan peta dunia yang paling menyeluruh, tepat dan boleh digunakan untuk semua orang. Dengan foto yang menyerlah dan menarik ini, anda tidak perlu menjadi seorang penyelam skuba—malah tidak perlu mengetahui cara berenang—untuk meneroka dan melihat sendiri enam daripada terumbu batu karang hidup yang paling menakjubkan di dalam lautan. Kini, semua orang boleh mengambil tempat Jacques Cousteau maya dan menyelam bersama-sama penyu laut, ikan dan ikan pari.

Mulai hari ini, anda dapat menggunakan Peta Google untuk menemui penyu laut berenang di samping sekumpulan ikan, mengikut ikan pari dan merasai keindahan terumbu semasa matahari terbenam. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang terumbu ini melalui tapak web World Wonders Project, satu tapak web yang membawakan tapak warisan dunia moden dan purba dalam talian.

Kami bekerjasama dengan The Catlin Seaview Survey, satu kajian saintifik besar tentang terumbu dunia, untuk menyediakan imej menarik ini kepada jutaan orang melalui ciri Street View Peta Google. The Catlin Seaview Survey menggunakan SVII, sebuah kamera dalam air yang direka khas, untuk menangkap gambar ini. Kami menggalakkan anda menyelam dan meneroka lautan dengan Peta Google, tidak kira sama ada anda seorang ahli biologi marin, penyelam skuba yang aktif mahupun orang yang tidak berpengalaman di laut.

Baca lagi
Teroka dalam Street View

Buat perjalanan ke Terumbu Sawar Besar dengan Peta Google

Terokai lagi paparan Terumbu Sawar Besar

Teroka dalam Street View