Piramid Giza

Lawati keajaiban dunia purba terakhir yang masih utuh tersergam

Kembali ke masa silam


Hampir 5,000 tahun yang lalu, di luar kota purba Memphis, penduduk Mesir membina piramid sebagai makam untuk raja mereka. Hari ini, monumen itu masih tersergam megah di kota Giza. Zum masuk untuk menerokanya.

Membina mercu tanda:
Piramid Besar


TAHUN YANG LALU

4,500

BLOK DIGUNAKAN

2,300,000

TAHUN MEMBINANYA

20

Lawati Piramid Besar


Buat lawatan berpandu sendiri melalui tempat-tempat utama yang menarik di Giza Necropolis dan terokai salah satu tapak arkeologi yang paling terkenal di dunia.

Warisan purba dipulihara


Piramid Giza dibina agar kekal abadi. Setakat ini mereka telah berjaya: Piramid Besar merupakan keajaiban dunia purba yang masih wujud.

Seni bina struktur ini amat luar biasa sehinggakan ahli sejarah masih tertanya-tanya cara yang digunakan penduduk Mesir purba untuk membinanya tanpa bantuan kejuruteraan moden. Setelah 4,500 tahun terdedah kepada unsur alam, Piramid masih utuh berdiri seperti gunung buatan manusia, yang menggambarkan kepintaran orang yang membinanya. Warisan Mesir purba dipulihara melalui monumen ini.

Kini, Piramid dipulihara dalam erti kata baharu melalui Street View. Sama ada anda di rumah, tempat kerja atau sekolah, seret sahaja jari atau kursor anda merentas skrin dan biarkan teknologi moden membawa anda melawat teknologi purba 360 darjah.

Anda dapat melawat tapak Mesir yang lain di Street View juga, termasuk nekropolis Saqqara, Citadel Qaitbay, Citadel Kaherah, Gereja Tergantung dan tinggalan Abu Mena.

Lihat panorama piramid


Alami kegemilangan lampau sambil melawat Piramid Gaza, di Street View sekarang.