Permata seni bina India, Taj Mahal, telah dibina lebih 350 tahun lalu oleh seorang pemerintah yang sangat berkuasa sebagai penghormatan kepada isteri yang dicintainya. Monumen ini terkenal di seluruh dunia disebabkan binaan simetrinya yang lengkap dengan marmar putih dan disertai pula dengan kisah percintaan yang menghidupkan binaan ini. Keindahan bangunannya menambat hati pelbagai generasi sehingga kini. Berjuta-juta orang dari seluruh dunia menggunakan Google untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taj Mahal, meskipun mereka mungkin tidak berpeluang mengunjunginya.
Kini, seluruh dunia dapat mengalami sendiri keindahan Taj Mahal di Street View. Buat perjalanan 360 darjah mengelilingi Taj Mahal menggunakan komputer, tablet atau telefon anda, seolah-olah anda berjalan di sekeliling bangunan itu sendiri. Nikmati pemandangan yang layak diabadikan pada poskad atau temui sudut pandangan yang amat jarang dilihat; teliti ukirannya secara terperinci dan teroka landskapnya yang seluas mata memandang. Taj Mahal merupakan salah satu lokasi daripada banyak lokasi lain di India yang dikumpulkan oleh Trekker Street View. Kini, pengguna internet di seluruh dunia dapat melawat secara maya untuk mengunjungi monumen bersejarah seperti Red Fort dan Makam Humayun. Alami keindahan dan keajaiban khazanah India yang sudah terkenal di seluruh dunia, kini di Peta Google.
Baca lagi