Venice

Bandar atas air

Venice bagaikan suatu khayalan, umpama set penggambaran berhias terapung di atas air.

Frida Giannini

Buat perjalanan

Selamat datang ke Venice, Itali, sebuah bandar atas air. Selusuri terusan, menapak di jalanan, bersiar dengan bot, menyeberangi jambatan dan rancang kembara anda di salah sebuah kota paling unik di dunia.

Kembali ke masa silam

Lihat sendiri perubahan yang dialami kota ini selama ratusan abad tatkala anda bersiar-siar meninjau peristiwa besar dalam sejarah Venetian.

Lihat penampilan semasanya padaPeta Google

Istana Doge, 1340

Pembinaan kediaman bersejarah Doge of Venice bermula pada tahun 1340 dan telah dibesarkan sehingga dapat melihat Piazzetta di St. Mark’s Square dalam tahun 1424. Istana ini merangkumi tempat tinggal, ruang perniagaan dan penjara lama. Penjara itu telah dipindahkan ke luar istana tetapi kedua-duanya kekal terhubung melalui jambatan Bridge of Sighs (Jambatan Rintih).

Teatro La Fenice, 1792

Meskipun teater ini siap dibina pada tahun 1792, bangunan ini telah terbakar dan dibina semula beberapa kali sehingga mendapat gelaran “The Phoenix Theatre” (Teater Phoenix) kerana keupayaannya untuk bangkit semula. Banyak kumpulan opera yang terkenal membuat persembahan perdana mereka di sini, termasuklah La traviata dan La bohème.

Jambatan Rialto, 1591

Jambatan Rialto ialah jambatan yang tertua di Venice dan merupakan struktur yang pertama merentangi Terusan Besar. Meskipun jambatan batu yang ada pada masa ini telah siap dibina pada tahun 1591, jambatan pertama di tapak ini dibina pada tahun 1181.

Gereja Frari, 1396

Basilica di Santa Maria Gloriosa dei Frari, sebuah bangunan berdinding batu-bata dengan menara loceng dipuncaknya, terkenal sebagai ruang pameran karya agung Renaissance. Bangunan ini juga tempat Titian, seorang pelukis Venice yang terkenal pada abad ke-16, disemadikan.

Gedung Senjata dan Amunisi Venice, 1104

Kompleks limbungan kapal dan gedung senjata ini sudah wujud sejak era Republik Venice lagi dan di sinilah dijalankan kerja-kerja berat secara besar-besaran. Kapal tentera dan pedagang yang dibina di sini menyumbang kepada kekayaan dan kuasa Venice berabad-abad lamanya.

St. Mark’s Square, abad ke-9

Salah satu tempat yang paling dikenali di Venice, Piazza San Marco, telah lama menjadi pusat sosial di bandar itu. Sejak abad ke-9, semasa gereja pertama dibina di sini, orang ramai mula menjadikan tempat ini tempat berkumpul dan kini warga setempat serta pelancong masih mengunjungi Piazza untuk menikmati secawan kopi sambil melihat keindahan St. Mark’s Basilica, Menara Loceng dan Istana Doge.

Bridge of Sighs (Jambatan Rintih), 1602

Dibina pada tahun 1602, jambatan batu kapur berwarna putih dan bertutup ini digunakan untuk membawa banduan dari bilik soal siasat di dalam Istana Doge ke bilik kurungan mereka. Jambatan ini mendapat nama yang sayu ini apabila banduan selalu merintih semasa melalui jambatan ini dan melihat keindahan Venice melalui tingkapnya.

Gereja San Giorgio Maggiore

Terletak di pulau San Giorgio Maggiore, gereja yang terkenal ini terletak bertentangan terusan dari St. Mark’s Square. Tempat ini pernah diduduki oleh orang Rom dan kemudian menjadi biara Santa Benedict abad ke-10 sebelum pembinaan gereja Baroque Itali yang megah berdiri pada hari ini.

Teroka bandar

Bagaimana hendak ke sana-sini di bandar yang tiada kereta? Lihat pelbagai mod pengangkutan di kepulauan Venice.

Buat lawatan

Lihat Venice dari sudut pandangan pelukis dengan meneroka lokasi yang memberi ilham kepada hasil seni yang terkenal, tersedia melalui Institut Budaya Google.

Bersiar-siar

Bersiar-siar di lorong-lorong dan terusan Venice dengan menggunakan Street View dan lihat apa yang anda jumpai.

Saya suka

Pengembaraan

Mari jelajah Venice! Jelajah tempat bersejarah dan kunjungi restoran lazat, kesemuanya dengan bayangan pengembaraan. Setelah puas menjelajah, lokasi yang anda kunjungi akan diplotkan pada peta untuk simpanan anda.

Saya suka

Sejarah

Mari jelajah Venice! Jelajah tempat terkenal dan kunjungi restoran lazat yang penuh bersejarah. Setelah puas menjelajah, lokasi yang anda kunjungi akan diplotkan pada peta untuk simpanan anda.

Saya suka

Percintaan

Mari jelajah Venice! Jelajah tempat bersejarah dan kunjungi restoran lazat, kesemuanya dipenuhi suasana romantik. Setelah puas menjelajah, lokasi yang anda kunjungi akan diplotkan pada peta untuk simpanan anda.
Cuba pengembaraan lain